Monday, May 16, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: ONE SHOT ONE LAYER

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa, Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video juga tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu ataupun kumpulan. Video one shot yang menarik menunjukkan pergerakan individu atau kumpulan yang keluar dan masuk dari sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Setiap rakaman video one shot berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih.


Penceritaan tentang proses pembikinan tugasan videografi one shot one layer :


1. Ketika mesyuarat yang pertama, terdapat sedikit kekangan yang kami perlu atasi kerana terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat balik ke kampus. 

2. Memandangkan ini tugasan video yang pertama, jadi banyak perkara yang perlu dibincangkan termasuklah mengenai jawatankuasa kerana ianya berbeza dengan fotografi. 

3. Mengenai pencarian lokasi pula, lokasi untuk one shot one layer agak susah sebenarnya kerana tidakk boleh ada sebarang gangguan pada bahagian latar belakang video. Setelah memerah otak waktu masyuarat,  semua ahli bersetuju untuk membuat penyuntingan di FBMK kerana terdapat rumah tradisional. 

4. Sehari sebelum kami membuat perancangan untuk merakam video ni, malam itu kami ada melakukan rehearsal, dan pada waktu itu juga baru kami memikir apa yang perlu dilakukan dalam video tu. 

5. Walaupun banyak halangan, akhirnya video ni siap dengan jayanya.


Tekan link di bawah untuk melihat video one shot dari kumpulan KJK PRODUCTION !! πŸ‘‡

BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT [KJK PRODUCTION]



Kehadiran kuliah - 11 Mei 2022




No comments:

Post a Comment