Saturday, April 2, 2022

Elemen Asas Grafik

BBM3413- Multimedia dalam Bahasa

 

Elemen Asas Grafik (RUJUKAN INTERNET)

Elemen

Mudah

Tema

Minuman bertenaga

Rujukan

Internet

Huraian

Gambar di atas mempunyai elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan unsur grafik yang digunakan tidak terlalu padat. Imej yang terdapat di dalam gambar tersebut juga mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Gambar tersebut menerangkan tentang minuman bergas berjenama Pepsi yang mempunyai Bold Taste No Calorie.

 


Elemen

Warna

Tema

Bunga

Rujukan

Internet

Huraian

Gambar di atas menunjukkan elemen warna. Warna merah yang menyerlah dan menonjol dapat menarik minat penonton. Gambar di atas mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Warna latar berlakang juga tidak menjejaskan objek utama gambar tersebut. Gambar ini jelas manarik kerana mempunyai 3 warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada bunga dan daun.

 


Elemen

Teks

Tema

Papan tanda

Rujukan

Internet

Huraian

Gambar di atas jelas menunjukkan elemen teks. Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Teks diletakkan dibahagian tengah supaya mudah dibaca dan dilihat oleh pembaca. Saiz perkataan “Awas” dibesarkan supaya mesej dapat disampaikan kepada pembaca walaupun dalam jarak yang jauh.

 


Elemen

Kesesuaian

Tema

Alat elektronik

Rujukan

Internet

Huraian

Elemen grafik kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar di atas. Hal ini kerana latar tempat, masa dan watak yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan semasa. Gambar tersebut menunjukkan bahawa pada masa kini setiap individu mempunyai telefon bimbit untuk privasi sendiri. Papan tanda tersebut juga diletakkan di tempat yang sesuai bagi memudahkan masyarakat melihat papan tanda tersebut.

 


Elemen

Keseimbangan

Tema

Permandangan

Rujukan

Internet

Huraian

Keseimbangan dalam gambar tersebut merujuk kepada ruang dalam gambar tersebut. Gambar tersebut menujukkan gambar sawah padi, pokok, gunung-ganang dan awan. Awan dan gunung-ganang terdapat di bahagian atas dan kanan gambar manakala pokok berada si bahagian kiri gambar. Sawah padi pula terbentang luas di bahagian bawah gambar. Maka, gambar tersebut adalah seimbang.

 

Elemen Asas Grafik (RUJUKAN SENDIRI)


Elemen

Mudah

Tema

Pokok

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar di atas menunjukkan elemen mudah. Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas menunjukkan sebuah pokok besar yang terletak di tepi tasik. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar tersebut menunjukkan sebuah pokok besar yang terletak di tepi tasik.

 


Elemen

Warna

Tema

Bangunan lama

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar di atas menunjukkan elemen warna. Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna dalam suatu gambar atau video. Gambar di atas menunjukkan sebuah istana lama yang berwarna kekuningan dan disertai dengan warna biru awan di belakang istana tersebut. Terdapat juga pokok-pokok yang berwarna hijau bahagian kiri dan kanan gambar. Warna putih awan juga terlihat di bahagian atas gambar.

 


Elemen

Teks

Tema

Papan tanda

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar tersebut jelas menunjukkan elemen teks. Hal ini dikatakan demikian kerana kandungan teks memberikan lagi pemahaman terhadap grafik yang berada di dalam gambar. Papan tanda tersebut jelas menujukkan nama tempat. Papan tanda tersebut juga menyatakan nombor kecemasan yang boleh dihubungi. Font yang digunakan juga jelas untuk memudahkan penyampaian mesej.

 


Elemen

Kesesuaian

Tema

Perkahwinan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar tersebut menunjukkan gambar hari perkahwinan pengantin dan rakan-rakannya. Foto ini jelas menunjukkan elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana, sewaktu berlakunya majlis persandingan, rakan-rakan pengantin juga akan mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama pengantin. Manusa sebagai objek serta hantaran dan bunga-bungaan di keliling pelamin mewujudkan konsep suasana majlis persandingan pengantin.

 


Elemen

Keseimbangan

Tema

Permandangan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar tersebut jelas menujukkan elemen keseimbangan. Dibahagian atas gambar terdapat awan dan bukit manakala di bahagian tengah gambar terdapat laut yang terbentang luas dan ombak yang memukul batu pantai. Di bahagian bawah gambar pula terdapat batu yang menghalang ombak. Maka, gambar di atas jelas menunjukkan elemen keseimbangan.

 

*tekan link dibawah untuk menonton video 👇

BBM3410-2022-ELEMEN ASAS GRAFIK [KJK PRODUCTION]


Lagu Latar: Aladom (daripada Channel Youtube Pop Mixture TV)

https://youtu.be/sdH1BjmwIEI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Saya Herfa Azira binti Che Halim, memegang nombor matrik 205685. Video ini merupakan video persembahan elemen asas grafik ahli kumpulan saya KJK PRODUCTION untuk kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa bersama Prof. Dr. Normaliza. 

Berikut merupakan nama ahli kumpulan saya dan laman blog kami!

1. NURUL NATASYA AMIERA BINTI ROME 205202 (https://tasyaamiera.blogspot.com)

2. NURINA IZLIN BINTI IBRAHIM 205338 (https://nurina-izlin.blogspot.com) 

3. MUHAMMAD ZAFARUL ADIB BIN ZAIDI 205492 KETUA (https://dibidibidibs.blogspot.com)

4. HERFA AZIRA BINTI CHE HALIM 205685 (https://herfazira.blogspot.com)

5. PAVITRA A/P VASUTHEVAN 205988 (https://pavitra1811.blogspot.com)

6. MUHAMMAD IKMAL HAFIZ BIN ABDULLAH ZAWAWI 206248 (https://muhammadikmalhafiz44.blogspot.com)

7. NAJIDAH BINTI SALIM 206376 (https://najidaaah.blogspot.com)

8. EDWIS ANAK FRANCIS 206648 (https://edfrans.blogspot.com)

9. ROSNANI BINTI MOHAMED 206696 (https://roselle12345.blogspot.com)

10. NUR HUSNINA HAZIQAH BINTI ZAINAL 207033 (https://ninaaahaziiiq.blogspot.com)


 Kehadiran kuliah minggu 2 - 30/3/2022

No comments:

Post a Comment