Wednesday, July 6, 2022

Pembentangan Resensi buku Multimedia dalam Bahasa

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensei buku Multimedia dalam Bahasa setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5. VA Production

Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan pada Rabu, 29 Jun 2022. 


Berikut merupakan link google slide pembentangan kumpulan saya iaitu KJK PRODUCTION : SLIDE PEMBENTANGAN KJK PRODUCTION


Kehadiran Kuliah (Pembentangan Kumpulan) 29 Jun 2022

PODCAST

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 


Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:


1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5. VA Production


Kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan giliran atau ahli keempat dalam kumpulan yang akan melakukan pembentangan.


Saya memilih podcast "Kisah Seram" daripada channel Sterk Production di YouTube.


Kehadiran Kuliah M12 - 15 Jun 2022

KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum semua !

Untuk kelas terakhir pada 1 Julai 2022 yang lepas, Prof minta kami semua untuk buat satu posting yang terakhir seperti tajuk yang tertera di atas gitew. Prof minta untuk buat satu posting yang sempoi-sempoi je, luahan perasaan gituu. Tak kisah la nak cerita pasal apa, diri sendiri, pengalaman, kursus....

First things first, awal-awal daftar subjek dulu kena ambil subjek BBM3410 (MULTIMEDIA DALAM BAHASA). At first macam eh kenapa pulak ambik subjek ni sedangkan kita ni ambil subjek bahasa Melayu. Yelah sebab taktau apaa pasal subjek ni. Ingatkan kena coding ??? HASHAH sorry prof. 

Lepas tu seminggu dua kuliah, prof suruh buat Instagram, Twitter dan Blog ! Instagram dengan Twitter tu okay lagi sebab pro dah cewahh . Blog ? Lama dah oiii tinggal Blog ni. Last main Blog masa umur 12 tahun. Sekarang dah 22 tahun ! 10 tahun tinggal. pastu kena buat baru perghh pening kepala mattt. 2 3 hari jugak godek godek blogger ni sebab dah banyak benda baru ! Nasib baik ada kawan yang pandai jugak bab bab ni ! Lepastu ok lah power dah bab Blog sampai ada yang minta ajarkan macam mana nak buat, kembang semangkuk la bila orang guna blog kita as rujukan siap mintak tutorial lagi pergh hebat hebat. Tak rugi Prof suruh buat semua benda ni ! Prof kalau baca nitolong bangga jugak hehehe.

Apa je yang belajar dekat subjek ni ? Uish banyak ! Kena beli buku Prof baru lagi power. Tapi yang paling best dalam subjek ni ialahhhhh ASAS FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI ! Yang hebat ambil gambar or video semakin hebat yaa. Yang tak reti ambil gambar pun dah semakin reti . Paling seronok asas videografi sebab kena buat video dengan ahli kumpulan ! Video tak sampai 10 minit pun tapi recordnya berejam. Takpa ! Quality time ! Seronok ! Dah record video mesti la kena edit ! Fuh bab edit ni, pening kepaloo . Yang ada basic edit is okay is alright ! Tapi yang tak ada basic edit video? Jenuh nak mengajar trim, cut, add music . Tapi takpa ! Ilmu nak guna lama, tak salah mengajar dan tak salah bertanya. Semua benda ni ada kelebihannya .

Cakap pasal ahli kumpulan.... saya HERFA AZIRA merupakan salah seorang daripada kumpulan KJK PRODUCTION yang terdiri daripada 10 orang ahli . FYI, KJK stands for Kita Jaga Kita!! Actually, kami memang rapat since sem1, sebab tu la bonding kuat and bila buat video memang tak kekok! dah tak malu apa dah.. Bak kata tasya "kita ni buat video tak pikir nak kena bentang depan kelas. pikir seronok je. Masa bentang baru menyesal keluar perangai tak senonoh" . hahahah but for me, baru la seronok macam tu ! Sebab nampak natural, tak nampak dibuat-buat pun. sebab tu la Prof asyik puji je lepas pembentangan video . ehh ?? heheheh masheh Prof setiap minggu puji KJK PRODUCTION lebiu Prof. Tapi dalam suka duka tu mesti ada perbalahan jugak . KJK kalau tak gaduh tak sah, kalau tak gaduh nanti rasa tak complete satu kerja. so kena berbalah jugak hahahah. tapi takpa sebab berbaik dengan sendiri jee. kami kan sempoiii.

Lepastu kami semua kena buat akaun TikTok ! Hah masa ni semua kalut dah nak kena buat TikTok sebab malu kena buat video individu. hahahaha tapi at last, settle juga kerja ! Siap minta family members like video lagi ! Nasib baik family suppoters setia. Lepastu akaun LinkedIn . Yang ini terpaling berguna sebab nanti senang nak cari kerja. Prof memang memudahkan kerja kami sebab ada je antara kami yang taktau pun pasal LinkedIn ni. 

Tapi overall, subjek ni memang sangat seronok dan banyak membantu lagi-lagi bila kita kerja nanti sebab kita dah ada basic multimedia ! Prof selalu cakap apa yang Prof ajar ni memudahkan untuk Job Hunters cari kita nanti ! Ingat Prof Normaliza, ingat Job Hunters ! heheh. 


Dengan ini, saya Herfa Azira selaku pelajar BLM3410 2022 ingin menyusun 10 jari meminta maaf jika ada mengguris menghiris atau menyakitkan hati mana-mana individu atau pihak sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekuliah terutamanya KJK PRODUCTION yang banyak membantu ! Tidak dilupakan juga Prof Normaliza, jasamu sentiasa dikenang ! πŸ’—


Kehadiran amali terakhir - 1 Julai 2022