Tuesday, June 28, 2022

Tugasan Resensi buku Multimedia dalam Bahasa

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan. Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan pada Rabu, 29 Jun 2022. 




Kehadiran Kuliah M12 - 15 Jun 2022





Wednesday, June 22, 2022

Podcast

Bagi kuliah pada minggu ini, saya dan rakan-rakan sekelas diminta untuk menyediakan satu pembentangan berkenaan podcast mengenai tajuk yang telah dipilih. Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Podcast yang dipilih mestilah dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast yang berdurasi lebih daripada 15 minit serta perlu mendengar dan memahami isi podcast tersebut. Akhir sekali, kami perlu menyediakan slaid dan membentangkannya di dalam kelas secara langsung selama 5 minit. 


Tajuk podcast yang telah dipilih oleh saya adalah Kisah Seram daripada channel Youtube Sterk Production


Berikut merupakan slaid pembentangan saya mengenai Podcast:











Kehadiran Kuliah M12 - 15 Jun 2022

Asas Videografi: Dokumentari

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut.

Proses untuk menyiapkan video dokumentari ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "sukan" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Kemudian, kami berbincang mengenai isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam video tersebut. Walaupun ada di antara kumpulan kami yang masih berada di rumah, tetapi proses untuk menyiapkan tugasan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.


Tekan link untuk melihat video Seram hasil kerja kumpulan KJK PRODUCTION πŸ‘‡:

VIDEO DOKUMENTARI

Kedatangan kuliah M11 - 8/6/2022

Tuesday, June 14, 2022

Asas Videografi: Tragedi

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang.

Proses penghasilan video tragedi ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang kami dapat semasa menghasilkan video ini. Pemilihan jalan cerita, tempat dan waktu yang sesuai juga membantu kami menjayakan video tragedi ini.


Tekan link untuk melihat video Tragedi hasil kerja kumpulan KJK PRODUCTION πŸ‘‡:

VIDEO TRAGEDI

Kehadiran kuliah minggu 10  - 1 Jun 2022

Asas Videografi: Seram

Proses penghasilan video seram ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa proses penghasilan video ini dijalankan. Pemilihan lokasi penggambaran adalah dibuat secara bersama-sama. 

Kami semua mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan video jenis seram ini. Pengalaman ini sangat bermakna dan proses penggambaran yang dijalankan sangat seronok. Suasana waktu malam yang dipilih sebagai latar masa bagi video ini juga membantu kami dalam menjayakan video seram ini dan mood seram dapat dihidupkan dalam video kami kali ini.


Tekan link untuk melihat video Seram hasil kerja kumpulan KJK PRODUCTION πŸ‘‡:

VIDEO SERAM



Kehadiran kuliah minggu 10  - 1 Jun 2022

Asas Videografi: Video setempat

Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk memuatnaik video setempat di laman sosial YouTube untuk memenuhi tugasan BBM3410

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan iaitu video dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan dan mempunyai suara latar individu yang merakam video tersebut. Video setempat juga mempunyai humor dan penceritaan.



Tekan link untuk melihat video setempat hasil kerja saya ! πŸ‘‡:

VIDEO SETEMPAT

Kedatangan kuliah M11 - 8/6/2022

Friday, June 10, 2022

Infografik Media Sosial

Tugasan pada minggu ini memerlukan kami untuk membuat infografik mengenai media sosial yang telah kami gunakan sepanjang kuliah BBM3410.





Kehadiran amali M11 - 10 Jun 2022




Asas Videografi: Video Lagu

 Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.


Proses penghasilan video lagu ini berjalan dengan lancar. Meskipun pada mulanya semasa hendak melakukan rakaman kami menghadapi halangan iaitu cuaca yang tidak menentu, namun kami berjaya mengatasinya dengan menukar lokasi rakaman secara tiba-tiba ke kawasan yang lebih sesuai. Dalam masa yang singkat video ini siap dirakam dan akhirnya dihasilkan dengan jayanya dengan kerjasama semua ahli terlibat.


Tekan link untuk melihat video hasil kerja kumpulan saya : Video Lagu (KJK PRODUCTION)




Kehadiran Kuliah ganti minggu9 - 25 Mei 2022

Wednesday, June 8, 2022

Asas Videografi: Video Fokus

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

 

Proses penghasilan video fokus ini berjalan dengan lancar. Hal ini disebabkan, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Semua ahli kumpulan memberikan idea yang bernas yang telah menjayakan rakaman video ini. Kami semua sangat gembira dan mempelajari banyak perkara baru sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan.


Tekan link untuk melihat video hasil kerja kumpulan saya : Video Fokus (KJK PRODUCTION)






Kehadiran Kuliah ganti minggu9 - 25 Mei 2022

Thursday, June 2, 2022

LinkedIn

 Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk mencipta akaun LinkedIn untuk memudahkan proses pencarian kerja apabila sudah habis belajar pada masa akan datang. 

Akaun LinkedIn

Link untuk ke profil LinkedIn : Herfa Azira



Akaun LinkedIn pensyarah BBM3410









Kehadiran kuliah minggu 10 - 3 Jun 2022